Pelakon Puteri Sarah terkedu apabila anak sulungnya, Syaikhul Islam bertanyakan sama ada benarkah bapanya, Syamsul Yusof sudah berkahwin lain.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, anaknya turut bertanyakan adakah itu punca bapanya sudah lama tidak pulang ke rumah.
“Baru balik daripada photoshoot. Sampai-sampai rumah, Syaikhul asked me, ‘mama betul ke ayah kawin lain?’
“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? How do u answer to a 6 year old boy? I’m speechless,” tulisnya.
Puteri Sarah berkata bagaimana dia mahu menjawab soalan anaknya yang baru berusia 6 tahun mengenai bapanya itu serta mempersoalkan adakah suaminya pernah terfikir jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak.
Malah, Puteri Sarah turut menasihati lelaki diluar sana yang mahu berpoligami supaya belajar tentang agama terlebih dahulu serta kesan daripada tindakan tersebut.
“Kepada lelaki-lelaki selfish di luar sana tu, isteri nak kena jawab apa kat anak-anak kecil ni? Nak kata, ‘ayah kawin sebab nak elak maksiat’. ‘Ayah ikut suruhan Allah’. Like how u answered in the video?
“Has it ever occured to you, one day nak kena jawab dekat anak? No! Hang cuma pikiaq nafsu hang, ikut kepala hotak hang ja. Ada terpikir tak kawin lari kat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?
“Kepada lelaki-lelaki selfish di luar sana tu, isteri nak kena jawab apa kat anak-anak kecil ni? Nak kata, ‘ayah kawin sebab nak elak maksiat’. ‘Ayah ikut suruhan Allah’. Like how u answered in the video?
“Has it ever occured to you, one day nak kena jawab dekat anak? No! Hang cuma pikiaq nafsu hang, ikut kepala hotak hang ja. Ada terpikir tak kawin lari kat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?” tulisnya.
Minggu lalu, Puteri Sarah memfailkan perceraian terhadap suami dan tarikh sebutan cerai adalah pada pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
sumber: rotikaya
0 Comments