Ticker

6/recent/ticker-posts

HATI HATI..!! Pencuri Pecah Masuk Kereta Mangsa Tanpa Aktifkan Penggera..!!



KUALA LUMPUR - Malang minima seorang lelaki apabila beg pinggangnya yang diletakkan di dalam kereta disamun jumaat lalu.



Ketika kejadian, mangsa dan keluarganya pergi ke pasar raya NSK, Selayang untuk membeli barang. Tanpa rasa curiga, mangsa kemudiannya meninggalkan beg pinggang yang mengandungi wang perniagaan di dalam dashboard kereta.

Apabila pulang ke rumah, mangsa menyedari beg pinggangnya sudah hilang dan terus membuat laporan polis dan pergi ke pasar raya tersebut untuk melihat rakaman cctv.

Dari rakaman tersebut, suspek yang mencuri beg pinggang beliau bukan sahaja menggeledah kereta malah beberapa kereta yang berdekatan juga menjadi mangsa. Suspek dipercayai mempunyai remote keyless yang mana membolehkan suspect membuka kereta tanpa mengaktifkan alarm. 


Dari CCTV, suspek dilihat memandu kereta dengan plate kereta WQE 2799 dan dipercayai kereta curi untuk melakukan perbuatan tersebut. 



"Kami tak tahu macam mana lelaki itu ada master keys untuk semua jenis kereta yang telah menjadi mangsanya. Malah tiada sebarang kesan kereta mangsa telah digeledah," kata Debby( anak mangsa). 


Ekoran itu, Debby menasihatkan orang ramai berhati-hati dan tidak meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan.




Post a Comment

0 Comments