Nampaknya kontroversi membabitkan Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey masih belum menemui titik penamatnya.
Jika sebelum ini Anju pernah meminta Khazrul agar tidak lagi menggunakan dirinya sebagai subjek konten dalam media sosialnya.
Menerusi live yang dibuat baru-baru ini, Anju berkata itu adalah kali terakhir dia menyebut nama bekas tunangnya serta mahu Khazrul meminta maaf kepada kedua ibu bapanya.
Zarina, atau lebih dikenali sebagai Anju, berkata bahawa bekas tunangnya itu seharusnya bersikap lebih matang, terutama kerana dia sudah berusia 45 tahun dan sudah melaksanakan ibadah Haji.
Khazrul pula dilihat membalas kenyataan Zarina melalui satu muat naik di TikTok, dengan mengatakan bahawa dia sama sekali tidak takut dengan pelakon tersebut.
Dia juga berkata bahawa dia membenarkan Zarina untuk membuka aib dirinya dan menegaskan bahawa dia tidak takut dengan ancaman bekas tunangnya.
Menurut Khazrul, dia tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan ibu bapa Anju, tetapi dia menuduh bahawa pelakon tersebut yang tidak menjawab panggilannya.
Sumber : ROTIKAYA
0 Comments