Ticker

6/recent/ticker-posts

Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar

 


Identiti mayat wanita yang ditemui dalam semak di Marang, Khamis lalu sudah dikenal pasti sebagai Zarina Mukhtar.


Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, pengesahan identiti wanita berusia 57 tahun itu dibuat berpandukan kepada padanan rekod cap jari yang tersimpan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


"Pengesahan juga dibuat melalui Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura (D2) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.


"Saya akan mengadakan sidang media berhubung kes ini dalam masa terdekat.


"Kes ini berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang seminggu dan ada tangkapan dilakukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Zain berkata, pihaknya akan mendapat mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Marang, dekat sini, esok.


Malam tadi, media melaporkan polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenalpasti identiti mayat wanita yang ditemui di Marang, Khamis lalu.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments