Ticker

6/recent/ticker-posts

Hafidz Roshdi Ceraikan Nurul Shuhada Dengan Talak Satu

 


Pelakon Hafidz Roshdi yang baru baru ini menimbulkan kontroversi apabila didakwa curang hari ini  didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. 

Sumber dari Harian Metro berkata, pelakon itu menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.

Difahamkan juga, isterinya itu bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga bersamaan dengan tarikh kelahiran Shuhada.




Terdahulu, beberapa hari lalu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasalah sudah kembali jernih.

Melalui hantaran di laman Instagram, Hafidz juga memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangganya itu.

Pergolakan rumah =tangga Hafidz Roshidi mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain yang bernama Athira Yuhada yang juga turut mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Namun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.


Sebelumnya, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.




sumber: harian metro

Post a Comment

0 Comments