Ticker

6/recent/ticker-posts

Selama 3 tahun kita jaga rumah, ada ke sekali dia tanya bil api,air? - Ali Puteh

 


Sepertinya konflik antara Ali Puteh dan Abam suaminya, Hidayah, belum bertemu dengan jalan penyelesaian. 

Selepas Hidayah pulang sedih kerana tidak dibenarkan masuk ke rumahnya dan menuntut Ali membayar hutang sebanyak RM60K yang diputuskan oleh mahkamah, nampaknya Ali mempunyai tindakan tersendiri.



Selepas Hidayah berkongsi cerita, giliran Ali Puteh pula yang berbicara. Menurut Ali, setelah ibunya, Sabariah Arshad, meninggal dunia, dia dan keluarganya tidak lagi tinggal di rumah tersebut.


Memetik artikel dari OMM, Melalui sebuah posting yang dimuat naik seorang pengguna di aplikasi TikTok, terlihat Ali Puteh sedang melakukan siaran langsung bersama dua orang pakar perubatan Islam di platform tersebut.

Dalam video tersebut, Ali menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk membuat video mengenai perkara yang berkaitan, tetapi ia diawali oleh fitnah yang dibuat oleh pihak balu Abam kepada masyarakat umum.


“Saya tak berniat tau nak buat video itu semalam, tapi pihak sana yang naikkan video fitnah itu dulu.
@penmerahdotcom Luahan Hati Ali Puteh #fyp #penmerah ♬ original sound PenMerahDotCom
Dia yang naikkan dulu kat TikTok dia kata dia datang ke rumah, tak ada orang bagi masuk, tak ada orang buka pintu, sejam depan pintu rumah.


“Tok saya tak duduk di situ, yang jaga rumah tu adik saya yang kecik. Kami tiga beradik je tinggal. Belakang rumah arwah Abam itu rumah kakak saya,” katanya.

Ali  juga memberitahu bahwa pada hari kejadian, Hidayah tidak memberinya tahu untuk hadir di rumah tersebut dan dia juga tidak berada di rumah karena sedang bekerja.





Ia membuatkan dia sangat kecewa ketika Hidayah memuat naik video tersebut yang memperlihatkan keadaan rumah yang kurang terurus, padahal mereka sudah memotong rumput setiap bulannya.

“Semalam saya kerja Tok, hari Jumaat saya tak ada kat rumah. Datang pula tak beritahu nak datang, kalau esok datang hari minggu, mesti kami ada di rumah Tok.


“Lepas itu dia buat video kat TikTok, ini keadaan rumah, lusuh, rumput panjang. Tok, arwah Abam dah meninggal tiga tahun genap semalam. Kalau rumah tak berjaga, dah bertutup dengan sawang rumah tu.


“Rumput itu kami potong setiap bulan. Ada ke dia tanya bill api ke, bill air sepanjang tiga tahun yang kita jaga rumah itu. Tapi bila dia buat video TikTok macam itu dan upload video kepada orang, orang datangkan maki dan benci kepada saya,” ujarnya lagi.

Sumber : OMM

Post a Comment

0 Comments