Ticker

6/recent/ticker-posts

''Ada Ke Syamsul Nak Datang Pujuk? Apa Salahnya Jadi Ibu Tunggal.'' - Puteri Sarah Liyana


 

Memetik Berita Harian, Bagi Puteri Sarah, tiada kata-kata yang mampu melembutkan hatinya untuk menarik balik keputusan dibuatnya itu.


“Ada ke Syamsul nak datang pujuk? Persoal Sarah semula apabila ditanya apakah akan mempertimbangkan keputusan seandainya suaminya itu datang memujuk.


Mengaku air matanya sudah kering meratapi kesetiaan dikhianati lelaki dicintai, Puteri Sarah yakin keputusan dibuat adalah jalan terbaik buatnya dan anak-anak.


“Memang Sarah sudah nekad. Benda ini bukan berlaku minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas, tetapi sudah lama.




“Sarah pun sudah lama memikirkannya. Kalau boleh memanglah tak nak perceraian berlaku, tetapi, penghujungnya Sarah tanggung derita.


“Katalah kalau tak jadi cerai, apa yang berlaku kemudian, Sarah juga tanggung sendiri. Perbincangan dengan keluarga sudah dibuat dan kami sudah mempertimbangkan segala baik dan buruk.


“Apa yang penting, anak-anak dan hubungan Sarah dengan keluarga mentua baik,” ungkap pelakon drama rantaian Rindu Kasih ini.


Ditanya mengapa keluarganya tidak bersuara berhubung krisis rumah tangga berbanding keluarga mentua yang lantang memberi sokongan, Puteri Sarah berkata, keluarganya tetap menyebelahi dirinya.


Cuma, kata Puteri Sarah, mereka lebih selesa tidak menyuarakan secara terbuka.


“Keluarga Sarah termasuk ibu bapa dan adik-beradik menyokong. Cuma, kerjaya membuatkan mereka tidak dapat menyuarakan secara terbuka.

“Dan mereka memilih menyokong Sarah secara senyap kerana tidak mahu dikenali,” katanya dalam temubual secara eksklusif bersama BH, semalam.


Meskipun empat tahun menjeruk rasa dengan apa yang berlaku, namun, kata Puteri Sarah, apa yang dilaluinya tidak langsung menghakis kepercayaannya terhadap lelaki.
Malah, Puteri Sarah yakin masih ada lelaki yang bersikap budiman.


“Sarah bersikap ‘neutral’ sahaja dan tak boleh nak menghakimi semua lelaki dengan mengatakan mereka adalah sama.


“Ada lelaki baik, cuma yang baik itu belum jumpa lagi, insya-Allah,” ungkapnya
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam berusia 5 tahun manakala Sumayyah berusia 3 tahun.


Apapun, semoga kemelut rumah tangga ini segera berakhir dan kita doakan yang terbaik untuk Puteri Sarah dan Syamsul.



SUMBER:cari

Post a Comment

0 Comments