SEORANG wanita bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Mae Klong di wilayah Samut Songkram, Thailand dalam cubaan untuk membunuh diri.
Wanita itu cuba melemaskan dirinya, bagaimanapun usaha itu gagal dan dia terapung selama 10 jam sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat.
Pemilik Restoran Baan Koh, Wichai Tiamcharoen, 45, menghubungi pasukan penyelamat selepas melihat 'jasad' seorang wanita terapung di jeti berhampiran kedai makannya, pagi Isnin lalu.
Wanita yang dikenali sebagai Pinthong, 45, itu memakai baju berwarna dan seluar hitam, terapung di permukaan sungai dengan kedua-dua mata tertutup dan tangan dirapatkan seperti sedang bersembahyang mengikut kefahaman Buddha.
Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan terjun ke dalam sungai untuk menariknya ke tebing.
Dia yang disangka sudah mati, tiba-tiba membuka matanya sekaligus membuatkan pasukan penyelamat terkejut.
Pasukan penyelamat kemudian membawa Pinthong ke hospital kerana dia keletihan.
Selepas pulih, Pinthong memberitahu, dia tertekan dan keluar dari rumah pada malam sebelumnya untuk membunuh diri di jeti berhampiran Wat Chong Lom.
Media Thailand melaporkan bahawa dia berkemungkinan terapung di sungai selama 10 jam sebelum dibantu pasukan penyelamat.
0 Comments