Ticker

6/recent/ticker-posts

Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan Anak, Suami Beri Hadiah Rantai Emas RM50K

 


Zuriat merupakan anugerah yang terindah dari Allah. Pengorbanan seorang ibu dan isteri untuk melahirkan zuriat bukan lah kecil, sampai ada istilah yang mengatakan wanita yang sedang melahirkan itu seperti bertarung nyawa. 



Menerusi TikTok, pemilik akaun @syed.fatin.jaeden.haifa berkongsi detik-detik terakhir sebelum isterinya dibawa masuk ke dalam labour room untuk melahirkan zuriat mereka.

@syed.fatin.jaeden.haifa

detik detik 30minit sebelum wife melahirkan anak di Hospital HTAR Klang yang sangat terbaik , jutaan terima kasih kami ucapkan atas layanan oleh awak semua staff2 dan doctor , 1juta bintang untuk sy rate pada kamu semua 🥰🥰🥰 para suami pastikan anda sentiasa beri sokongan pada wife anda ya

♬ suara asli - Bollylovers
Dia dilihat sempat menyuapkan pasangannya makan supaya ada tenaga untuk bersalin kelak. Malah, Syed turut mendoakan semoga segala urusan cinta hatinya akan dipermudahkan.




Setelah beberapa minit menanti, akhirnya si isteri selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Haifa.

@syed.fatin.jaeden.haifa

tiada tandingan harga pon kalo nak dibandingkan wife punya nilai pengorbanan jika dibandingkan dengan harga sesuatu barang , namun ni jer yang mampu , in sha Allah akan datang kita up lagi

♬ Bilal(比) - Bilal-Music&Kaysar-上海
Susulan itu, Syed telah menghadiahkan seutas rantai bersama loket berbentuk love yang bernilai RM50,000 bagi menghargai pengorbanan pasangannya selama ini. Bukan sahaja isteri, malah cahaya mata kedua mereka turut dihadiahkan beberapa perhiasan lain yang lebih kecil saiznya.


Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen tumpang gembira apabila pengorbanan wanita tersebut dihargai oleh suaminya. Selain itu, ada yang berseloroh kononnya sanggup bersalin setiap tahun andai pasangan mampu menghadiahkan perhiasan sebegini.








Kredit: TikTok syed.fatin.jaeden.haifa

Post a Comment

0 Comments