Ticker

6/recent/ticker-posts

Ini respon Puteri Sarah selepas Ustaz Ahmad Dusuki nasihat dia jangan ikut emosi sampai cerai, bincang cara baik

 


Kemelut rumah tangga yang dialami pasangan selebriti terkenal, Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof telah menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan di media sosial.

Kontroversi ini juga telah menarik perhatian bukan saja netizen malahan golongan profesional seperti peguam dan agamawan juga turut sama memberikan nasihat.

Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani tampil bersuara mengenai isu poligami dengan berpendapat Puteri Sarah sepatutnya meyelesikan masalah rumah tangga secara rasional dan tidak mengikut emosi.



Tambah Ustaz Ahmad Dusuki lagi, penceraian bukanlah jalan terbaik bagi menamatkan segala kemelut yang berlaku dalam hidup berumah tangga terutama bagi mereka berpoligami.


“Rahmat Allah itu luas, jalan damai itu pun terbuka luas selagi nyawa tidak sampai di halkum, usah mengalah dalam membina kekeluargaan.

“Binalah kekeluargaan mukmin dan kelapangan bukan dengan kesempitan, usah biarkan syaitan menganggu perasaan,”ujarnya.

Hantaran di instagram tersebut telah menjadi viral sehinggakan menarik tuan badan sendiri untuk memberikan komen

Puteri Sarah memberi komen dan meminta pendakwah itu sendiri bertemu suaminya, Syamsul Yusof bagi memberi teguran secara terbuka kerana cakap ibu dan ayahnya sendiri pun dia tidak endah.

“Nasihat dia supaya jadi suami yang bertanggungjawab sebab masalah itu datang dari dia,”tulis Puteri Sarah.

Kita sebagai orang luar janganlah menambahkan lagi kekusutan tapi apa kata kalau kita semua mendoakan yang baik-baik sahaja kepada pasangan ini.



Sumber: Instagram @ustazahmaddusuki

Post a Comment

0 Comments