Lelaki bernama Muhammad Erdy Sufian ini tidak berkata tidak mengangka videonya bergaduh mulut dengan penyanyi dangdut, Mas Idayu ketika uji bakat Mentor Legend 2014 kembali tular.
Memetik mStar Online, Sofian berkata seseorang juri perlu menegur dengan cara yang sesuai dan tidak perlu sampai menjerit-jerit serta memberi nasihat kepada juri untuk mengambil wuduk terlebih dahulu.
“Saya tak tuju mana-mana pihak… sesiapa sahaja bila jadi juri sekurangnya kalau nak menegur tu biar bertempat.
“Tak perlu jerit-jerit tak perlu marah-marah dan saya nasihatkan kalau boleh sebelum jadi juri tu ambil wuduk dululah.
Supaya tak ikut hasutan-hasutan syaitan,” katanya.
Dalam pada itu, Sofian yang bekerja sebagai penjual kereta itu mengakui trauma menyertai mana-mana uji bakat nyanyian namun tidak menyimpan rasa benci terhadap penyanyi dangdut itu.
“Uji bakat di kenduri kahwin adalah, tak jadi penyanyi pun takpe. Alhamdulillah dengan rezeki (kerja) sekarang. Nyanyian sekadar suka-suka sahaja.
“Kalau berjumpa dengan Mas Idayu, takkan nak buat muka. Sekurang-kurangnya melemparkan senyuman. Apa yang jadi, biarkan berlalu. Kita move on,” katanya.
sumber: rotikaya
0 Comments