Ticker

6/recent/ticker-posts

Pegang Perut Nampak Baby Bump, Netizen Sahkan Neelofa Hamil Anak Kedua?

 

Baru-baru ini, selebriti terkenal Noor Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini berusia setahun dalam satu majlis sederhana yang diadakan hari ini.


Menerusi video dikongsikan seorang pengguna di TikTok,


@penmerahdotcom comelnyaaa lofa pegang pegang perut 😍 #fyp #penmerah ♬ original sound - PenMerahDotCom

kelihatan Neelofa bersama suaminya, pendakwah bebas, Muhammad Haris atau PU Riz dilihat memberi ucapan sebelum majlis bermula.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai apabila Neelofa dilihat mengucap perutnya serta seolah menampakkan baby bump sekaligus membuatkan ramai netizen teruja.


Malah, pemilik video tersebut turut menulis kapsyen mengatakan Bilal bakal jadi abang sekaligus turut menguatkan lagi dakwaan selebriti popular itu sedang berbadan dua.


“Selamat ulang tahun ke satu tahun Bilal, dah nak jadi abang dah Bilal nanti,” tulis kapsyen video.


Diruangan komen, meskipun tiada pengesahan daripada tuan badan mengenai perkara itu namun rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Neelofa.


sumber: rotikaya

Post a Comment

0 Comments