Isnin 16/1/2023 adalah tarikh dimana selebriti sensasi, Puteri Sarah telah memfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof di mahkamah syariah selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.
Terbaru, perkongsian isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar menjadi perhatian apabila dilihat tenang memuat naik perkongsian di media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ira dilihat ada memuat naik video makan aiskrim dan burger.
Perkongsian Ira itu dimuat naik semula oleh seorang netizen yang mengatakan Ira tenang menghadapi apa yang berlaku dan hidup perlu diteruskan.
Menjenguk diruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen menyindir anak kepada Kaza Saisi bahawa posting tersebut hanya lakonan semata-mata sedangkan sebenarnya sedang celaru.
Semalam, Puteri Sarah berkata 7 Mac depan sebagai hari sebutan. Puteri Sarah berkata tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.
Sumber : Rotikaya
0 Comments