Disebalik kemelut melanda rumah tangga Puteri Sarah, pasti ramai perasan ahli keluarga aktres itu yang tidak bersuara serta mengeluarkan kenyataan seperti keluarga Syamsul.
Memetik Kosmo, Puteri Sarah berkata ahli keluargaanya termasuk ibu bapanya tidak lantang bersuara kerana faktor kerjaya mereka dalam bidang profesional
Katanya lagi, dia tetap mendapat sokongan daripada ahli keluarganya meskipun tidak ‘berbunyi’ seperti yang dilakukan pihak mentua.
“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya.
Dalam pada itu, ketika hadir ke mahkamah tempoh hari untuk memfailkan cerai, Puteri Sarah turut memperkenalkan dua adiknya iaitu Puteri Sofia dan Megat Imran yang turut menemaninya.
“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara. Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.
“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” katanya.
sumber: rotikaya
0 Comments