Ticker

6/recent/ticker-posts

“Suara Akak Sedap Ke? Saya Dengar Biasa Je” – Peserta Pertama Berani ‘Sound’ Mas Idayu Berjaya Dikesan

 


Baru-baru ini, isu konsert program Famili Duo menjadi hangat diperkatakan kerana penyanyi Sissy Iman tidak dapat menahan air mata apabila menerima komen pedas daripada juri program tersebut iaitu Mas Idayu. 


Susulan kontroversi itu, video yang menunjukkan seorang peserta lelaki yang menghadiri ujibakat program Mentor pada tahun 2014 berani mengkritik Mas Idayu kembali tular di media sosial.



Berikutan tindakan berani pemuda itu, ramai yang ingin mencarinya dan akhirnya berjaya dikesan. Difahamkan, pemuda tersebut bernama Sofian dan dipercayai kini bekerja sebagai penjual kereta.


Menerusi satu perkongsian di TikTok, pemuda itu ada memuat naik video ringkas bertanyakan ada yang mencari dirinya ke?


@penmerahdotcom 1 Malaysia cari kau.. #FYP #PENMERAH ♬ original sound - PenMerahDotCom


Difahamkan, video tersebut berlaku 8 tahun yang lalu dan dipercayai pada masa itu, pemuda tersebut berusia 22 tahun dan kini sudah berusia 31 tahun. 


@penmerahdotcom Hati Kau Keras Roy .. #fyp #penmerah ♬ original sound - PenMerahDotCom


Dalam ruangan komen perkongsian video tersebut, rata-rata netizen teruja kerana dapat menemukan pemuda tersebut yang disifatkan sebagai individu yang berani membalas kritikan Mas Idayu. 




Beberapa netizen juga mengatakan pemuda tersebut sebagai seorang legenda dan mengucapkan terima kasih kerana pernah 'sound' juri berkenaan satu ketika dahulu.

Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sofian kerana pernah menjadi wakil untuk orang ramai di luar sana yang kurang bersetuju dengan cara kritikan Mas Idayu terhadap seseorang.


Sumber artikel : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments