Ticker

6/recent/ticker-posts

Syamsul Yusof ada menghubungi dan mengajak berbincang - Puteri Sarah

 


KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, mengaku suami, Syamsul Yusof menghubungi dan mengajak berbincang mengenai tuntutan cerai, semalam.

Bagaimanapun, Puteri Sarah berkata, perbincangan belum dapat dilakukan berikutan masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran.

"Syamsul ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk ajak berjumpa dan berbincang. Tetapi, saya tidak jawab.


"Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi," katanya sejurus menyudahkan prosiding memfailkan perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Puteri Sarah hadir ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Khamis lalu, Syamsul dilaporkan sudah nyahsekat nombor telefon Puteri Sarah, baru-baru ini

Puteri Sarah dilaporkan berkata, nyahsekat itu dilakukan selepas suaminya memuat naik video dalam Instagram (IG) menjawab dakwaan bahawa panggilannya disekat pengarah kontroversi itu, sejak setahun lalu.

Ditanya apakah sudah bersedia berdepan proses panjang tuntutan cerai, Puteri Sarah enggan memikirkan perkara itu.

Sebaliknya, katanya, dia lega urusan tuntutan cerai lancar.

"Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun, apa yang penting, saya lega kerana sudah memfailkan tuntutan perceraian.

"Apa yang penting, kita mulakan langkah pertama ini (memfailkan perceraian).

"Saya mahu mengerjakan Umrah pada 26 Januari ini, jadi saya tidak mahu ada masalah yang tidak selesai.

"Segala-galanya sudah terjawab. Saya mahu pulang dari Umrah dan memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak," ujar Puteri Sarah.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.



Sumber: BH online

Post a Comment

0 Comments