Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak dapat bantuan kerajaan, bapa rayu anak diberi taraf warganegara

 


Sudah pasti ada prosedur yang perlu dilakukan untuk mendapatkan taraf warganegara bagi seseorang. Biasanya, ini termasuk mengisi borang permohonan dan menyediakan dokumen yang diperlukan, seperti sijil kelahiran atau bukti kewarganegaraan ibu atau bapa. 



Jika bapa yang bermohon tidak dapat mendapatkan bantuan kerajaan, ia mungkin perlu mencari bantuan dari pihak lain, seperti organisasi bukan kerajaan atau cawangan Jabatan Imigresen. 



Namun, pastikan untuk mengikuti prosedur yang ditentukan dan mematuhi semua peraturan yang berkenaan untuk mendapatkan taraf warganegara yang diinginkan.

Memetik laporan dari FMT, Selepas lapan tahun berjuang untuk mendapatkan status warganegara buat dua anaknya, seorang bapa merayu kerajaan meringankan beban kewangan yang tidak lagi mampu ditanggungnya.




Chandran Moorthy, 37, berkata ketiadaan taraf itu menyebabkan dua anaknya yang berusia empat dan lapan tahun tidak dapat menikmati keistimewaan sebagai rakyat Malaysia, seperti subsidi yuran pendidikan dan kos rawatan.




Dakwanya, dia terpaksa mengeluarkan RM10,000 dari poket sendiri ketika anak keduanya dilahirkan di hospital kerajaan, dan membayar yuran tinggi untuk anak sulungnya bersekolah.




Menurut Chandran, masalah itu timbul kerana isterinya, Kavya Tharshini, 27 tidak mendapat kewarganegaraan walaupun lahir di Malaysia.




“Saya rasa tak boleh tahan dan sudah letih. Anak pula makin membesar dan hendak pergi belajar lagi.




“Saya minta Perdana Menteri Anwar Ibrahim tolong bagi anak saya surat beranak dan kad pengenalan…itu sahaja,” katanya kepada FMT.




Tambah Chandran, dia kesal kerana permohonan mendapat kewarganegaraan buat isteri dan dua anaknya masih belum mendapat jawaban daripada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara




Meena Gabriel mendakwa ada pihak mendekatinya dan menjanjikan kerakyatan jika dibayar namun akhirnya tipu belaka.






Bagi Meena Gabriel yang berusia 33 tahun, beliau menaruh harapan penantiannya untuk taraf warganegara Malaysia berakhir selepas memohon sebanyak tiga kali.

Dakwanya, dalam proses itu ada pihak mendekatinya dan menjanjikan kerakyatan jika dibayar namun akhirnya tipu belaka.




“Tolong bagi saya kad pengenalan dan surat beranak. Kalau beliau (Anwar) bagi saya boleh kerja dan bila ada anak nanti boleh ada sijil kelahiran,” katanya.



Chandran dan Meena ditemui selepas penyerahan memorandum oleh Persatuan Progresif Perikemanusiaan Selangor kepada Anwar pada Jumaat lepas, berhubung masalah dihadapi seramai 59 kaum India yang tidak mendapat kewarganegaraan.


Sumber : FMT

Post a Comment

0 Comments