Ticker

6/recent/ticker-posts

Terkejut Tiba-Tiba Ada Wanita Arab Hulur Duit Hampir RM3k Di Masjid Nabawi

 

Seorang wanita menghadapi satu kejadian yang tidak dijangka ketika melakukan umrah bersama keluarganya. Beliau yang sedang berehat di Nabawi didatangi dengan wanita Arab yang memberikan sesuatu kepadanya. Kejadian itu mengejutkan wanita itu dan tercengang apabila menerima wang tersebut.


Rezeki, jodoh, usia memang tiada siapa yang tahu bila akan sampai pada kita. Hanya Allah S.W.T yang mengetahui perkara tersebut. Rezeki boleh merupai dalam banyak perkara sama ada dalam bentuk perkerjaan, wang, saudara-mara, kesihatan yang baik,  kawan yang baik, makanan yang percuma dan sebagainya.



Setiap orang mesti mempunyai rezeki masing-masing sama ada cepat atau lambat. Rezeki merupakan satu berkat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-NYA. Oleh itu, untuk  mendapatkan rezeki dari Allah, kita perlu berusaha sekuat tenaga dan selalu bertawakal kepada-Nya dalam segala hal yang kita lakukan.



Salah satu perkongsian dari seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Wahida Shukeri membuat satu posting di akaun Facebook miliknya mengongsikan satu ceritanya ketika sedang melakukan umrah.



“Suatu ketika dulu, lepas Asar di Masjid Nabawi, saya biarkan anak-anak saya bermain-main di perkarangan masjid tersebut.



“Selalunya selepas Asar, aman damai keadaannya di perkarangan masjid, ada angin sejuk datang,” tulisnya.



“Anak-anak saya sibuk bermain dengan budak-budak lain pada waktu itu. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan tepukan di bahu oleh seorang wanita Arab yang berjubah tutp dari kepala hingga ke kaki (one piece abaya) dan bawa handbag warna biru.



“Dia tepuk bahu saya saya dan hulurkan saya envelope. Tanpa sempat saya bertanya, dia terus beredar pergi sekelip mata. Saya buka envelope, ada duit SAR2500 dalam tu.



“Terus rasa nak jatuh jantung, terus reflect diri yang aku nampak papa sangat ke atau malaikat mait ke tadi dan macam-macam lah,” tulisnya lagi.



“Masa tu nak bangkit bangun pun takut dah. rasa lembik lutut terus nak berjalan.



“Terus mesej kawan yang suaminya Imam Muda Mohd hafiz Abdul Khodir. Dapat mesej ni dari ustaz ni. Alhamdulillah lega dapat perkongsian dan ilmu dari ustaz.




“Salah satu cerita umrah sepanjang tinggal di Saudi 4 tahun dan masih disini, mencari redha & rahmat Allah. Wallahualam. Perkongsian ustaz tu saya sertakan bersama utk kebaikan kita semua,”tulisnya mengakiri perkongsiannya.



Di ruangan komen, ramai orang mengucapkan syukur kepadanya dan segelintir orang juga pernah mengalami cerita yang sama.



“Alhamdulillah. Pahala untuk dia, rezeki untuk kita. Saya pun pernah dapat rezeki begini sewaktu di Madinah umrah tahun 2018 tengah duk mengaji seorang belakang dinding tiba-tiba seorang wanita arab bagi duit SaR250. Speechless sekejap.. Balik saya wakafkan dengan Alquran..Semoga pahala utk dia sentiasa mengalir”



“Alhamdulillah cerita yang sama terjadi pada saya umrah 31/12/22 kecil bagi meraka besar bagi kami yang terima… Terima kasih Allah.. hadiah terindah allah berikan buat kami anak beranak,” tulis salah seorang pengguna Facebook.



Alhamdulillah. Masa sy umrah dlu. Ada org sedekah kupon makan tghari dan malam retaj alrayan clock tower. Dpt mkn 3 hari free.



Allahuakbar..klu sy dpt tu pun mau pengsan juga. Alhamdulillah rezeki puan..seronok kan..Allah maha kaya, klu dia nak bagi sekelip mata ja



Hari jumaat lagi byk pak2 n mak2 Arab suka menderma…saya duduk sambil makan aiscream pown dpt duit..nak gi kejar… suami kata ambik la..😅…rasa muka aku ni nmpk mcm susah kot..😅..xpa..mmg Tak berapa berada pown… alhamdulillah Allah bgi cukup makan pakai ..😊



Akak first umrah mak Arab pegang tgn BG duit sambil ckp Arab yg akak pun X faham.. tgok2 30 riyal.. dah slmt akak joli kot lh dia Kata BG ank2 ke sudah … Maaf le akak X faham APA dia ckp



Saya pernah terima hadiah dari pasangan arab..bila bukak sampul dapat rm500 macam tu..dia ckp al-mubarak😂😂tp bukan kat mekah la..tmpt kerja saya😔mase tu xthu kenapa jadi sedih sgt tibe2 orang yg saya xkenal bg hadiah walaupon tolak cara baik




Sumber : Group Umrah






Post a Comment

0 Comments