Sepanjang minggu ini, di mana-mana platform media sosial hangat membicarakan tentang insiden yang berlaku di antara kedua-dua isteri bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini dikatakan terasa dirinya disindir oleh madunya, Fyna Jebat menerusi program televisyen Famili Duo baru-baru ini.
Belum pun reda tentang isu tersebut, terbaru, seorang wanita yang merupakan salah seorang menantu kepada Zainal Abidin tampil mendedahkan tentang permasalahan lain.
Menerusi hantaran di TikTok, @sofiasmeth bukanlah menceritakan perihal rumah tangga mentuanya tetapi tentang penderitaan dilaluinya kerana suaminya tidak membenarkan berjumpa dengan anak-anak.
Jelas Sofia, dia tidak mahu menjadikan isu antara mereka tular namun akui sudah tidak mempunyai pilihan lain kerana suaminya yang juga bekas pemain bola sepak Selangor itu enggan beri kerjasama.
Tidak diceritakan masalah atau krisis rumah tangga mereka namun Sofia berkata suaminya sanggup membuat akaun palsu untuk mengaibkannya di media sosial.
Bukan itu sahaja, dakwa Sofia lelaki tersebut turut mengajar anak-anak mereka untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu sendiri.
You provoke I, you aibkan, ancam keselamatan I. Ajar anak-anak untuk memaki hamun I. Memanggil I dgn nama panggilan yang keji dan jijik.”
Dalam pada itu, Sofia menegaskan bahawa dia mempunyai mentua yang sangat baik dan mereka berdua tiada kena mengena dalam permasalahan antaranya dan suami.
Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen terkejut dengan luahan yang ditulis oleh Sofia dan mendoakan semoga keluarga mereka dipermudahkan urusan.
sumber: beautifulnara
0 Comments