Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah hidup saya sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap macam dulu, kata Mawar Karim

 



Mengakui hidupnya kini lebih bahagia, usahawan Mawar Karim memberikan bayangan seakan-akan sebelum ini dia banyak memikul beban hidup keluarga semasa masih berstatus sebagai isteri orang.


Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, tetapi ucapan tersebut seolah-olah ditujukan kepada individu yang pernah bertakhta dalam hatinya.


"Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.



"Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah," katanya.


Mawar, 34, membuka rahsia itu ketika menjawab komen seorang individu yang mengatakan dia tidak lagi cantik seperti dahulu ketika dia dan Fizo masih menjadi suami isteri.


Pada masa yang sama, dia juga mengkritik tindakan individu tersebut yang menggunakan akaun media sosial palsu hanya untuk menyerang dirinya.


Melalui komen yang ditulis, individu itu juga memuji kebahagiaan hidup Fizo kini yang terlihat lebih bahagia bersama isterinya, Fazeera Nazri, setelah perkahwinan mereka.


"Awak punya komen pun 'sedih' pakai fake account. Pakai je real account sebab kita boleh check la sekarang ini. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia?




"Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari dengan Bismillah... Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy," tulisnya.


Untuk rekod, Mawar dan Fizo membina rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang anak, Wan Maryam, yang kini berusia enam tahun.


Mereka kemudian bercerai setelah Fizo mengucapkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.


Kemudian, pelakon itu membina rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021.


Mereka memiliki seorang anak bernama Wan Khaleeda yang baru berusia tujuh bulan dan kini Fazeera sedang mengandung anak kedua.


Setelah perceraian itu, terdengar khabar angin bahawa Mawar pula dikatakan hidup bermadu selepas berkahwin dengan ahli perniagaan bergelar Datuk sekitar awal tahun lalu dengan majlis diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.

 Namun, dia membantah desas-desus tersebut.




Sumber : mStar online

Post a Comment

0 Comments