Ticker

6/recent/ticker-posts

“Ambil Baik-Baik, Cerai Juga Kena Cara Baik” – Peguam Tegur Hafidz Roshdi

 


Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Hafidz Roshdi menceraikan isterinya, Nurul Shuhada dengan talak satu menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarga.

Perkara itu turut mendapat perhatian peguam syarie, Nurul Atikah yang mengatakan lafaz tersebut hendaklah dibuat di dalam mahkamah dan tidak perlu bersaksikan keluarga.

Peguam itu turut memberikan teguran bahawa ramai yang salah faham terutama lelaki mengenai lafaz talak bahawa cukup hanya dilafazkan di depan hakim sahaja.

Menerusi perkongsian di Twitter,




peguam tersebut turut memuat naik berita mengenai perceraian pelakon tersebut.

Ujarnya lagi, pasangan yang ingin berpisah seharusnya mengikut saluran yang betul sebagaimana mereka mahu mendirikan rumah tangga.

“Ramai sebenarnya salah faham untuk lafaz talak ni terutama suami. Lafaz talak hendaklah dibuat di dalam mahkamah!  Tak perlu nak bersaksikan keluarga. Lafaz je depan hakim dah jatuh. Ambil baik-baik, cerai juga kena cara baik,” katanya.

Perkongsian peguam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa lafaz talak setap sah namun perlu melakukan prosedur tertentu termasuk akan dikenakan denda.



sumber: Rotikaya

Post a Comment

0 Comments