Ticker

6/recent/ticker-posts

“Cukuplah Abang Saya Kena – Ali Puteh Kata Ada Taburan Garam, Kulit Limau Keliling Rumah Arwah Abam

 


Nampaknya konflik antara Ali Puteh dan Abam suaminya, Hidayah, belum selesai. Selepas Hidayah pulang sedih tadi tengahari kerana tidak dibenarkan masuk ke rumahnya dan menuntut Ali membayar hutang sebanyak RM60K yang diputuskan oleh mahkamah, nampaknya Ali mempunyai tindakan tersendiri.


Selepas Hidayah berkongsi cerita, giliran Ali Puteh pula yang berbicara. Menurut Ali, setelah ibunya, Sabariah Arshad, meninggal dunia, dia dan keluarganya tidak lagi tinggal di rumah tersebut.



“Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia.


“Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif,” katanya.


Ali juga mendakwa menjumpai taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung di luar pagar rumah.


“Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwah. Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar!


“Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan.  Dia ada anak kecil. Saya bukan nak buat video fitnah.


“Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya,” katanya.


Kata Ali lagi, dia juga mempunyai bukti namun tidak mahu berkongsikan serta mendeahkan jumpa barang pelik di bilik abangnya selepas arwah Abam meninggal dunia.


“Ini bukti yang jelas kita dapat, sebelum ni ada je bukti saya taknak cerita. Lepas arwah meninggal bilik dia kita kemas lagi pelik barang kita jumpa dalam bilik awak. Tapi kita tutup mulut. Cukuplah abang saya menderita benda ni,” katanya.


Sementara itu, Ali menyatakan bahawa dia sudah berbincang dengan peguamnya dan akan membuat bayaran sebanyak RM60,000 secara ansuran.


“Kes mahkamah dah selesai dan saya kalah. Saya okey. Saya akan buat bayaran secara ansuran cuma menunggu jawapan,” katanya.


Bagaimanapun, difahamkan video dikongsikan di Instagram miliknya itu telah pun dipadam selepas beberapa minit ianya dimuat naik.


SUMBER  OHBULAN via ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments