Ticker

6/recent/ticker-posts

Gambar 'penyondol' rumah tangga Hafiz Roshdi akhirnya tersebar di media sosial?

 


Hari ini kecoh di media sosial apabila portal beautifulnara ada menulis satu artikel dimana, isteri kepada pelakon popular Hafidz Roshdi akhirnya mendedahkan apa yang berlaku dalam rumahtangganya.


Nurul Shuhada telah memuat naik beberapa cerita Instagram berkenaan hantaran dan rasa kecewa yang dihadapinya akibat perlakuan seorang wanita yang dikatakan terlibat dalam rumah tangga mereka.


Nurul Shuhada juga menyatakan bahawa wanita tersebut tidak mempunyai perasaan malu kerana pernah melawat rumah mereka dan menyebabkan mereka dan anak-anak mereka menderita.


Rentetan dari pembongkaran tersebut, seorang netizen yang mendakwa sahabat kepada isteri Hafidz Roshdi, iaitu Shuhada telah memberikan petanda tentang individu ketiga yang telah merosakkan hubungan perkahwinan pelakon itu dengan isterinya.


Dalam hantaran tersebut, individu tersebut mendakwa bahawa seorang wanita bernama Athira Yuhada merupakan individu yang sedang menjadi perhatian netizen pada masa ini.


Hantaran tersebut telah menjadi viral di Facebook dan setelah melihat ruang komen, ada yang mendakwa bahawa wanita tersebut telah berkahwin dengan Hafidz Roshdi.




Sementara itu, pelakon lelaki itu hanya memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan foto dirinya sendiri dengan kapsyen “tengah komen kat bawah ke tu?” sebagai respon terhadap kontroversi yang menimpa dirinya pada ketika ini.



ARTIKEL DARI BEAUTIFULNARA

Post a Comment

0 Comments