Ticker

6/recent/ticker-posts

Isteri Hafidz Roshdi Ada Hubungi Saya Minta Nasihat Masalah Rumahtangga - Puteri Sarah

 

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada pernah menghubunginya baru-baru ini semasa dia berada di Tanah Suci.


Sarah, yang berusia 37 tahun, mengatakan bahawa Shuhada telah meminta nasihat daripadanya mengenai masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.


“Sarah berjuang bukan untuk Sarah sahaja, tapi Sarah buat juga untuk wanita-wanita yang teraniaya di luar sana. Sarah bukakan jalan dia orang, itu niat Sarah.


“Sarah bukan jalan dia orang supaya mereka tahu apa nak buat termasuk bekas isteri Hafidz Roshdi.


“Masa Sarah di Madinah, dia ada hubungi Sarah untuk tanya macam mana dan minta Sarah beri tunjuk ajar. Tapi Sarah tak nak beritahu la,” katanya.


Sarah berkongsi perkara itu semasa melakukan siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat.


Tambah Sarah, dia juga membantu Shuhada melakukan beberapa langkah seperti membuat laporan polis dan juga ke pejabat agama Islam.


Malah isteri aktor berusia 29 tahun itu juga turut meminta Sarah agar mendoakan dirinya.


“Dia minta bimbingan daripada Sarah dan dia minta Sarah doakan untuk dia masa Sarah dekat Madinah dan Makkah hari itu. Memang Sarah tolong dia, Sarah bimbing dia langkah demi langkah apa nak buat.


“Laporan polis semua, pergi jabatan agama... Sarah yang bimbing dia,” kongsinya.


Dalam pada itu, Sarah memberitahu bahawa dia bukannya mahu berkongsi keburukan orang sekali gus berharap agar netizen tidak buruk sangka kepadanya.


“Saya tak cerita apa-apa fasal orang. Saya kata saya bimbing dia, awak yang negatif. Saya tak cerita keburukan siapa. Saya kata saya hanya beri bimbingan.


“Awak jangan nak buat fitnah dekat sini,” luahnya.


Sebelum ini, dilaporkan bahawa Hafidz telah menceraikan Nurul Shuhada dengan menggunakan talak satu dalam satu panggilan telefon yang dihadiri oleh kedua-dua keluarga mereka.


Sofia, adik kepada Nurul Shuhada, telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut dibuat dengan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.


Nurul Shuhada juga dijangka untuk memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Mac ini.


Pada 2 Februari yang lalu, semasa ditemui oleh mStar untuk sesi temu bual, Hafidz menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya berhubung isu kesetiaan dalam rumah tangganya dan menjelaskan bahawa dia tidak mahu berkongsi kisah mengenai isterinya di media sosial.


Semasa isu rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga mereka.


Athira kemudian memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan mengakui bahawa Hafidz telah mencuba mengejarnya selama sembilan tahun, tetapi dia berjanji tidak akan berhubung dengan lelaki tersebut lagi.


Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada telah berkahwin pada 30 April 2016 dan mereka mempunyai dua orang anak iaitu Humairah, yang berusia 6 tahun, dan Umar, yang berusia 2 tahun.


SUMBER :mStar Online

Post a Comment

0 Comments