Ticker

6/recent/ticker-posts

"Jangan ikut syok sendiri" - Abang Hidayah sekolahkan Ali Puteh pasal hukum Faraid

 


Kontroversi membabitkan pelawak terkenal, Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali nampaknya masih berpanjangan.


Sebelah pihak sini buat live kat tiktok sebelah sana pula berbalas-balas kenyataan di media sosial juga.


Baru-baru ini abang kepada Hidayah iaitu Mohd Azmier ada memuat naik satu video di media sosial meminta agar ‘pihak sebelah sana’ untuk memahami betul-betul berkenaan hukum faraid lebih-lebih lagi arwah mempunyai anak lelaki yang masih kecil.

Menerusi perkongsian di portal OMM, Dia yang memuat turun sebuah video potongan ceramah dari seorang ustaz telah meminta kepada Ali supaya lebih memahami hukum faraid dan tidak membuat kesimpulan dengan sesuka hatinya sendiri.


“Hadam betul2 hukum jangan main rembat je, makan diri nanti. Bak kata ustaz bab2 harta ni depa suka berdrama berepisod2,” tulisnya.



Sebelum ini, Azmier pernah mengkritik pelawak tersebut yang didakwa mencuba untuk tidak membayar saman meskipun sudah diberi notis sebanyak dua kali. 



Menurutnya lagi, "pihak disana" memilih untuk diam dan tidak bertindak meskipun sudah diberi waktu tambahan.


Sebelum ini, video Hidayah menyatakan bahawa pintu rumah peninggalan suaminya tidak dibuka ketika dia datang.


Namun, tidak lama kemudian, Ali Puteh memuat naik video yang mengatakan bahawa rumah tersebut telah ditabur garam dan kulit limau seolah-olah menuduh tindakan itu datang dari kakak iparnya.


Walau bagaimanapun, video tersebut telah dipadamkan dan masalah tersebut masih berlarutan hingga kini.


Sumber: Facebook Mohd Azmier Zmier via OMM

Post a Comment

0 Comments