Pertunangan antara pelakon Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey kelihatan sudah terputus setelah posting di akaun TikTok @ezley_anjoulielavocah menyatakan kedua-duanya masih ada kekurangan.
Memetik perkongsian dari portal Kopiplanet, Sebelum ini, tindakan Zarina memadam semua gambarnya bersama tunang telah mencetuskan persoalan sehingga ramai yang menjangka hubungan mereka bermasalah.
“Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan. Semoga kita akan terus menjadi sahabat.
“Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik. Terima kasih atas cinta mama pada papa hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you mama hereafter,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, posting tersebut sudah tidak kelihatan di akaun TikTok miliknya dan diduga sudah dipadam setelah ramai perhatikan.
Berikut adalah beberapa komen dari netizen yang rata-rata terkejut dengan berita tergempar ini!
"Biasa dugaan dlm bertunang cuma satu je kalau blh bahagia Kita jgn dok Tunjuk dkt public Sgt..biar lah Kita je yg tahu takat mana bahagia Kita ...apa pun saya Doakan semoga anju bertemu dgn insan yg tulus menyayangi diri anju kerana Allah" - netizen
"Macam baru bangun dari mimpi. minggu lepas baru tunang dia bermanja2 letak tangan atas peha harini dah putus. Kejapnya masa berlalu sekarang." - netizen
Sebelum ini, tindahkan Zarina atau lebih dikenali dengan panggilan Anju memadam gambar dan video bersama tunangnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial.
Spekulasi semakin meningkat apabila dia memuat naik video di Instagram dengan kapsyen seolah-olah cuba bertahan meskipun mengalami kekecewaan.
Sumber : Kopiplanet
0 Comments