Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen cakap fitnah! Bella Astillah Dedah Mesej Perbualan, Sophia Albarakbah Takut Mak Ayah Tahu

 



Minggu ini masih merupakan minggu sibuk kepada netizen, masakan tidak belum selesai kes lama sudah ada kes baru yang nak kena handle.


Baru-baru ini, hangat di media sosial mengenai kisah kontroversi rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz apabila Bella mendakwa seorang pelakon wanita cantik cuba mendekati suaminya.


Tanpa menyebut sebarang nama, ibu kepada dua orang anak ini berkata heroin drama mengaku silap terjatuh cinta dengan suami orang.


Melalui screen shoot yang dilakukan oleh selebriti itu di Instagram, dia berkongsi perbualan antara dirinya dan Sophia setelah pelakon tersebut mengaku "tersuka" dengan suaminya ketika sedang shooting drama terbarunya. 


Dalam posting yang dibuat oleh Bella Astillah, dia bertanya mengapa Sophia berusaha untuk tidak datang dan tidak hadir pada konferensi pers drama yang dibintanginya bersama Aliff Aziz.


Pendedahan tersebut dilakukan oleh artis berasal dari Sabah setelah ada tuduhan bahwa dia cuba memfitnah "heroin drama" yang berkenaan.


Bella menegaskan bahwa dia adalah orang yang paling takut untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak benar. 


Sebenarnya, dia tidak memiliki niat untuk membuat sebarang kenyataan, namun "heroin drama" terlebih dahulu memberikan ulasan dengan mengatakan tidak ingin terlibat dalam masalah Malaysia dan ingin menyelesaikan masalah secara pribadi dengan Bella.



Isteri kepada Aliff Aziz itu juga berkongsi tangkapan layar mesej Sophia yang merayu kepadanya supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum sebelum ini selepas mengaku ‘tersuka’ suami orang.



Kata Bella, dia tak berniat nak keluarkan apa-apa kenyataan tapi terpaksa untuk membalas kenyataan Sophia hari ini.


Kredit: Instagram Bella Astillah


Sumber artikel : OMM da OhMedia

Post a Comment

0 Comments