Ticker

6/recent/ticker-posts

Peguam Bagi Nasihat Buat Ali Puteh, Waris Paling Layak, Berhak Dapat Harta Adalah Balu, Anaknya

 


Pesanan buat Ali….


Ali kena faham, bila arwah abang meninggal dunia hari tu dan arwah ada isteri serta anak lelaki/ Orang yang paling berhak untuk uruskan harta si mati ialah isteri dan anaknya.


Cuma dalam situasi ni, Ali pun tahu,


Anak lelaki arwah abang masih di bawah umur.


 

Mengikut undang-undang kita ada mesti lantik Pemegang Amanah untuk menguruskan harta bagi pihak si anak tu.


Dalam situasi ni, Ali kena tahu pada kebiasaannya anak yang belum cukup umur untuk uruskan hartanya sendiri kita akan lantik ibunya sebagai Pemegang Amanah bagi menguruskan harta bagi pihak anak tu sehingga mencapai usia yang membolehkannya urus hartanya sendiri.


ALI JUGA KENA TAHU, WALAUPUN URUSAN FARAID MASIH BELUM SELESAI,

ALI KENA BAGI LALUAN KEPADA BALU SI MATI DAN ANAKNYA UNTUK TINGGAL DI RUMAH TU SEHINGGA URUSAN FARAID SELESAI.

Sebab apa? Sebab mereka berdua waris yang paling banyak mendapat bahagian dalam harta si mati.



Masih Ada Bahagian Mak

Habis tu bahagian mak macam mana mana?


Ali jangan risau, bahagian mak tetap ada dalam harta arwah abang tu,

cuma bahagian mak ni tak banyak, 1/6 saja daripada baki harta yang tinggal tu,


Bakinya semua akan pergi kepada anak lelaki arwah abang,


Sebab apa?


SEBAB ANAK LELAKI NI DIA AKAN MENJADI PENGHALANG KEPADA WARIS-WARIS SELAIN DARI:

1. MAK

2. AYAH

3. SUAMI

4. ISTERI

5. ANAK PEREMPUAN

6. ANAK LELAKI



Untuk terima bahagian faraid si mati,

Ali jangan buat susah camni, kita faham je dalam bahagian mak yang 1/6 tu ada bahagian ali jugak tapi bahagian tu sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan hak anak dan isteri si mati terima.


Ibarat kata kalau rumah tu dinilaikan berjumlah RM1 juta, bahagian mak cuma RM166K+- sahaja dan balance tu semua ada lagi RM834K+- akan pergi kepada isteri dan anak si mati.


Ini cuma contoh kiraan je Ali jangan ambil serius pulak.

Nak tentukan nilaian terkini harga rumah tu kena guna khidmat penilai hartanah bertauliah ye.


Jangan kita memandai pulak buat nilaian sendiri.


Cuma nak pesan kat Ali, walaupun urusan faraid masih belum selesai,


Rumah tu tetap ada hak si balu dan anak arwah abang untuk tinggal sehingga selesai urusan di Mahkamah.


Sebab apa?


Sebab Allah dah bagitahu dalam surah Al-Baqarah:


وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ


Maksudnya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari.

(Al-Baqarah: 234)


Dalam menempuh bilangan ‘iddah serta berkabung bagi kematian suami, seseorang perempuan itu tidak boleh keluar dari rumahnya sepanjang tempoh ber’iddah tersebut melainkan darurat atau keperluan hajat.


Ini juga berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Furay’ah binti Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi SAW bertanyakan adakah boleh bagi dirinya untuk pulang ke pangkuan ahli keluargnaya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab Baginda SAW:


امْكُثِي فِي بَيْتِكِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ


Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan.

Riwayat Abu Daud (2300) & Al-Tirmizi (1204)


Ali baca tak hadis nabi ni?

Kesian balu dan anaknya sampai nak kena keluar dari rumah arwah sedangkan mereka berhak untuk tinggal di situ.


Berkenaan arahan Mahkamah mengarahkan Ali untuk bayar RM60K tu itu kes lain, dan Ali kena selesaikan segera sebab perintah dah keluar ye,


JANGAN TANGGUH-TANGGUH TAKUT NANTI KENA CONTEMPT OF COURT PULAK.


Senang cerita macam ni la Ali, kita semua faham je Ali nak uruskan bahagian mak dalam harta yang ditinggalkan arwah abang tu,

Cumanya dalam situasi macam ni ada baiknya Ali cuba kendurkan sikit ego tu dan harmonikan kembali silaturahim yang dah keruh disebabkan isu perebutan harta ni,


Nak cerita bab harta ni Ali, kalau bagi setinggi gunung everest pun takkan pernah puas manusia ni.


Tapi silaturahim ni kalau kita jaga dengan baik Insya Allah akan membawa kita sampai ke syurga.


Toksah nak panjang bicara sangat,


Jumpa semula kak ipar tu minta maaf kemudian mulakan semula secara muafakat untuk selesaikan pembahagian faraid si mati,


Selesai masalah.


Mingguan Wanita : Betul sangat apa yang dikatkaan ini, jangan menidakkan hak si balu dan anaknya.


Sumber: Muhammad Syarafi


Post a Comment

0 Comments