“Saya mungkin bukan yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura.”
Itu salah satu daripada perkongsian terbaru oleh usahawan, Mawar Karim yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar melalui Insta Story.
Walaupun tidak menunjukkan luahan tersebut kepada individu tertentu, perkara tersebut menjadi tanda tanya bagi ramai dan seolah-olah kata-kata tersebut berkaitan dengan isu yang masih belum selesai dengan baik.
Malah ibu kepada seorang cahaya mata tersebut menegaskan bahawa suatu hari nanti pihak yang berkaitan akan sendiri mendedahkan sikap sebenar mereka.
“Bukan tugas saya untuk dedahkan orang yang berpura-pura. Akan tiba masa nanti mereka akan mendedahkan siapa diri mereka yang sebenar,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Mawar membantah tuduhan seorang netizen yang menggunakan akaun palsu bahawa dia tidak bahagia selepas bercerai.
Wanita berusia 34 tahun itu tidak berdiam diri dan bersyukur menjalani hidup baru serta memberikan peringatan bahawa tidak perlu lagi menanggung orang lain atau berhadapan dengan situasi duit hilang.
Walaupun tidak memperincikan pihak atau individu yang dimaksudkan, dia mengakui sekarang merasa lebih tenang berbanding sebelumnya.
Mawar juga mengambil peluang untuk memberikan nasihat kepada orang ramai agar menyayangi diri sendiri dan bukan orang lain.
Tak lama kemudian, Fizo juga memuat naik hantaran berkaitan dengan rasa syukur atas kebahagiaan dan kesihatan yang dikurniakan Allah.
Pada akhir perkongsian, aktor yang membina rumah tangga dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri, dua tahun setelah bercerai dengan Mawar, mengatakan bahawa rezeki datang dalam berbagai bentuk termasuk fitnah.
Sebelumnya, pernikahan Mawar dan Fizo yang dikurniakan puteri, Wan Maryam, 6 tahun, hanya bertahan selama enam tahun sebelum mereka berpisah pada Julai 2019.
Fizo kemudian berkahwin dengan Fazeera yang sedang hamil anak kedua pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan anak sulung, Wan Khaleeda, delapan bulan kemudian.
SUMBER: KOSMO
0 Comments