Ticker

6/recent/ticker-posts

“Semoga Allah Gantikan Dengan Nikmat Yang Tak Disangka Buatku Dan Anak” – Isteri Hafidz Roshdi

 

Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi memasuki episod baharu apabila dia didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini. 



Menerusi posting di laman sosial milik bekas Isteri, Shuhada memuatnaik status di instagram story nya yang memberi bayangan situasi yang sedang dilaluinya ketika ini. 



Menurut sumber, Hafidz menceraikan isterinya itu dengan talak 1 bersaksikan keluarga. 


In shaa Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak..aamiin Ya Mujib.


Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2. 


Kredit: Instagram Shuhada

Post a Comment

0 Comments