Ticker

6/recent/ticker-posts

Shuhada Tidak Sedih, Tak Gugur Walau Setitis Air Mata Malah Tenang Terima Talak Satu Dari Hafidz Roshdi

 


Shuhada, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, merasa tenang menerima takdirnya yang diceraikan melalui talak satu. Walaupun rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan, Shuhada bersyukur kerana mereka berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Sofia, adik perempuan Shuhada yang berusia 25 tahun, berkongsi situasi terkini kakaknya dan menyatakan bahawa Shuhada menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan kuat untuk menghadapi ujian tersebut.



"Shuhada dalam keadaan stabil dan dia terima perpisahan itu dengan hati terbuka. Dia tidak sedih atau menangis. Bagi pihaknya, dia menerima takdir Ilahi dan bersyukur terhadap apa yang terjadi sehingga membawa kepada perpisahan.


"Sekarang dia sudah boleh move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okey sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.


Terdahulu, Sofia mengesahkan Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada pada Rabu melalui panggilan telefon.


Keputusan untuk berpisah itu dicapai atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak selepas kemelut rumah tangga mereka berlarutan dan dikaitkan penglibatan orang ketiga.




"Perkara ini (cerai) melibatkan isu kepercayaan dalam hubungan. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik.



"Anak-anak juga masih kecil, namun mereka terpaksa menerima takdir ini. Semoga mereka menjadi lebih kuat atas segala penderitaan yang dilalui selama ini," ujarnya.


Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada mula menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu dikatakan curang dan mempunyai hubungan dengan wanita lain.


Menerusi temubual bersama mStar pada 2 Februari lalu, Hafidz menafikan semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan memberitahu dia enggan terlalu berkongsi kisah isterinya di laman sosial.

Ketika isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya.


Selepas teruk dikecam, Athira menerusi satu perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf kepada Shuhada serta anak-anak.


Sumber : MSTAR ONLINE


Post a Comment

0 Comments