Baru-baru viral di media sosial apabila pelawak terkenal, Ali Puteh meluahkan perasaan kecewa apabila beberapa barang yang ditemui di rumah Allahyarham Abam seperti taburan garam kasar, daun bidara, dan bangkai haiwan dicemari oleh sindiran netizen.
Ali, atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, berusia 34 tahun, berkata bahawa masyarakat mungkin menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu kerana ia tidak berlaku kepada mereka sendiri.
"Tertawalah dengan sindiran komen tentang taburan garam dan bangkai. Ada yang mengejek ini sebagai lucu. Ada yang menganggap ini rekaan. Ada yang menulis jangan lupa tambah garam dalam masakan.
Pengakuan Ali bagaimanapun mengundang pendebatan hangat di kalangan netizen kerana ramai yang menuduhnya telah membuat tuduhan berat dan tak berasas.
Terkini, viral pula satu rakaman video di laman tiktok yang memaparkan satu rakaman dimana pelawak tersebut dipercayai mengamuk ketika sesi live.
Ali dikatakan tidak dapat menahan dirinya selepas ada segelintir netizen mengejek memetik nama bapanya.
@penmerahdotcom Jaga lah Lisan kita.. Doa yang baik baik #fyp #penmerah ♬ original sound - PenMerahDotCom
Memetik artikel dari Oh!Media, Ali berkata jika berjumpa depan-depan, Individu yang biadap mungkin telah memakan 'penyepak' daripadanya. Pelawak ini juga menolak tuduhan bahawa dia telah diserang dengan kecaman daripada netizen, tetapi sebaliknya dia marah kerana provokasi yang melampau.
Semasa sesi live tersebut, dikatakan bahawa netizen telah merendahkan tindakannya mempersoalkan bayaran bil utiliti rumah arwah Abam, dan ini menyebabkan Ali menjadi marah.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mengeluarkan pandangan tersendiri, ada netizen menganggap tindakan netizen lain yang memetik nama ibu ayah Ali sebagai perkara biadap lagipun kenapa nak petik nama orang tua dalam hal tersebut.
"Bagi Aku lah. Ali perlu settlekan Saja hal dia dgn Dayah. Settle habis. Tutup buku. Arwah abam dgn arwah mak pun sudah pergi. Move on. Buka buku baru. Jangan lihat lagi kisah belakang. Focus kerjaya. Family. Dan business." - netizen
"Netizen (Pmpn) mengutuk dgn kaitkan bpk dia, itu yg dia koyak.. dia bt salah mmg salah tp jgn kaitkn family dia yg lain mana yg xbersalah.. kne jaga lisan kita." - netizen
"Istighfar lah selalu Ali , kita ni manusia memang tak lari dari nak menyalahkan orang tanpa kita sedar salah dan silap kita. Cuba duduk istighfar flash back balik salah apa kita dah buat dekat orang." - netizen
Kredit: TikTok @akubukanfavourite_ via Oh!Media
0 Comments