Tanpa menyebut nama bekas suaminya Adam Shahz, pelakon jelita, Fatin Afeefa memberi gambaran dirinya kini bebas daripada derita lama dan kini bahagia hidup bersama jantung hati baharu, Aliff Awang.
Fatin atau nama lengkapnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin berkongsi video pendek dalam TikTok dengan menyatakan dirinya tidak lagi lagi disakiti 'sejarah' lampau.
"Bila mereka fikir boleh menyakiti kita tapi mental kita dah pun didera sejak bertahun lamanya. Sekarang, kita tidak lagi ambil kisah (tentang perkara tersebut)," coret Fatin, 29.
Menerusi video terbabit, pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Tentang Bulan itu berkongsi reaksi riak wajahnya kini bebas daripada belenggu derita lama seraya menjelirkan lidahnya.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal Fatin dengan Adam iaitu Ivy Herra Sophia gagal mencapai kata sepakat.
Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pagi semalam menyaksikan satu prosiding majlis sulk diadakan membabitkan kedua-dua belah pihak.
Namun, usaha untuk mencari satu penyelesaian dalam tuntutan berkenaan tidak mencapai kata putus. Terdahulu, Fatin dan Adam berkahwin pada 21 Disember 2012 namun bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy. Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan sebelum itu.
Credit: Kosmo
0 Comments