Ticker

6/recent/ticker-posts

“Semua Orang Tahu Mas Idayu Macam Mana” – Faizal Tahir

 


Susulan komen pedas diberikan terhadap persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel, juri tetap program Famili Duo iaitu Mas Idayu dikecam teruk oleh netizen.

Memetik mStar Online, penyanyi Faizal Tahir turut berkongsikan pendapatnya mengenai isu berkenaan. Menurutnya, semua orang tahu bagaimana Mas Idayu memberikan komen.


“Apabila memberi komen tu janganlah sampai memalukan orang sebab kita semua ada kelemahan dan tiada siapa yang sempurna.


“Saya faham bila Mas Idayu yang beri kritikan, saya rasa semua tahu dia macam mana. Kalau untuk saya secara peribadi takkan ambil hati tetapi lain orang lain penerimaannya,” katanya.

Kata Faizal lagi, dia tidak memihak mana-mana pihak namun Sissy sepatutnya sudah bersedsia apatah lagi dia sudah lama berada dalam industri. 


“Untuk Sissy dia sepatutnya sudah bersedia untuk benda macam ni, dia dah lama dalam industri. Mas Idayu komen macam itu, mungkin ada sebab tersendiri. Mungkin cara tu mungkin boleh lebih baik.

“Daripada belah Sissy sepatutnya bila berdiri atas pentas dapat komen begini daripada Mas Idayu yang dia sendiri kenal sepatutnya benda itu tidak menjadikan dia rasa down, anak seni kena kental.

“Bila kita dah memilih untuk berada dalam satu program kita kena terima, kita kena bersedia untuk terima benda-benda yang kita takkan expect,” katanya.

Post a Comment

0 Comments