Ticker

6/recent/ticker-posts

“Harta Tak Jamin Apa-Apa ”- 4 Tahun Pendam Rasa, Kini Puteri Sarah Sudah Kering Air Mata

 


Sejak rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga, Puteri Sarah dilihat berusaha untuk mempertahankan sekaligus memohon doa agar segalanya baik-baik sahaja. Namun apabila sudah masuk ke tahun ke-4 dan hanya dia sahaja yang bersungguh, akhirnya perpisahan sahajalah menjadi penyelesaian.





Beberapa tahun lalu menerusi rancangan ‘Melodi’, pelakon Puteri Sarah telah ditemu bual bagi menjawab segala persoalan berhubung kemelut rumah tangganya dengan Syamsul. Sepanjang sesi wawancara tersebut, selebriti berkenaan kelihatan teresak-esak menangis bagaikan meluahkan segala keperitan yang terpendam dalam hati selama ini.




Tetapi Puteri Sarah kelihatan sangat berbeza sewaktu hadir ke Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan perpisahan terhadap suami.






@penmerahdotcom Sekarang dia punya kuat smpai takde setitik air mata pun keluar. #fyp #penmerah ♬ original sound - PenMerahDotCom


Dia tampil dengan lebih tenang dan tidak henti-henti melemparkan senyum manis kepada orang ramai. Bahkan selebriti berkenaan langsung tidak menitikkan air mata meskipun soalan yang ditanya oleh pihak media kebanyakannya agak sensitif.





Menjengah ke ruangan komen, ramai berasa sebak melihat kekecewaan aktres berkenaan dalam temubual beberapa tahun lalu. Selain itu, rata-rata netizen beranggapan bahawa kini Puteri Sarah sudah lebih kuat untuk berhadapan dengan konflik yang melanda rumah tangganya.





Kredit: TikTok anynimoussss & Youtube mStar, TV9 Malaysia

Post a Comment

0 Comments