Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang pemuda ketika makan di restoren sushi buat kali pertama mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @abeuwais, kelihatan seorang lelaki sedang makan bersama rakan-rakannya yang lain.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah dia tidak tahu cara untuk ambil sushi tersebut di mesin layan diri dan dia kelihatan teragak-agak untuk mengambilnya malah hanya ambil penutup sushi itu sahaja ketika sushi lalu disebelahnya.
Seperti kita tahu, satu pinggan di Sushi King mengandungi 2 (dua) sushi tetapi lain pula dengan beliau. Beliau cuba untuk mengambil satu keping sahaja sushi berkenaan.
Bila first time makan sushi . nasib kawan habaq” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah lelaki tersebut yang ‘blur’ tak tahu bagaimana nak ambil makanan jepun itu.
Bukan itu sahaja, segelintir daripada netizen juga akui pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika pertama kali datang ke restoren sushi.
0 Comments