Ticker

6/recent/ticker-posts

Kongsi Gambar Ibu Bersama Adik Beradik.. Anak- Anak Dato Zainal Abidin Sokong Isteri Pertama?

 


Meskipun belum reda teka-teki berhubung kontroversi pernikahannya, Fyna Jebat terbabit pula dalam satu pergelutan dengan seorang wanita dipercayai madunya di sebuah restoran mamak.

Adik kepada Ayda Jebat itu kemudian membuat laporan polis sekitar jam 2.18 pagi Isnin lalu sejurus kejadian berkenaan


Menurut laporan diterima pihak polis, isteri pertama jurulatih terkenal itu didakwa marah kerana perkahwinan bersama Fyna berlangsung di luar pengetahuannya.

Selain itu, dia juga berasa tersindir dengan kenyataan madunya dalam program ‘Famili Duo’ baru-baru ini.

Pergelutan kemudian tercetus, apabila suspek dikatakan menarik rambut penyanyi berusia 29 tahun tersebut.


Meskipun kedua-dua pihak terlibat disahkan sudah membuat laporan polis, namun Fyna Jebat enggan beri ulasan terperinci berhubung kejadian berikut.

Biarpun faham ramai ambil berat, tapi Ayda Jebat wakilkan adiknya memaklumkan perkara itu diserah kepada pihak polis.

Dalam waktu yang sama, usaha pengamal media mendapatkan respon Datuk Zainal Abidin Hassan juga tidak berhasil.


Hasil tinjauan di Facebook mendapati, salah seorang anak Datuk Zainal Abidin Hassan memuat naik sekeping foto keluarga beberapa hari lalu.

Meskipun kelibat beliau tiada, namun Zaifiq Zainal seakan bagi bayangan bahawa anak-anak beri sokongan buat ibu tercinta mereka.

Untuk rekod, bekas pengendali pasukan Melaka United itu telah berkahwin dengan Datin Zalina Haji Zaini semenjak tahun 1985 dan dikurniakan 5 anak serta beberapa orang cucu.



Post a Comment

0 Comments