Nampaknya Ujian yang dihadapi wanita bernama Cik Pia masih belum habis. Sebelum ini Cik Pia pernah dedahkan suaminya enggan datang mengazankan bayi mereka yang baru lahir.
Ketika itu, hanya keluarga Cik Pia sahaja setia menemani dan membantu menguruskan segala proses selepas bersalin.
Anak yang lahir tanpa diazankan, tanpa kasih sayang bapa, sekarang tanpa nama bapa
Namun, bukan saja difitnah dan aibnya dibuka oleh suami, Cik Pia berkongsi sebuah lagi berita sedih iaitu mengenai kesukaran beliau dalam menyelesaikan pendaftaran MyKid bayinya, Arumi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kini Cik Pia tidak mempunyai pilihan kerana lelaki terbabit dikatakan enggan memberi kerjasama. Menurut sumber yang dirujuk, katanya si ayah atau kad pengenalan asli miliknya perlu dibawa ke sana untuk pendaftaran sah
Jika gagal berbuat demikian, pendaftaran akan jadi semakin sukar termasuklah kebarangkalian Baby Arumi terpaksa dibinkan dengan nasab Abdullah atau 99 nama Allah. Hati ibu mana tidak gundah mengenangkan anak yang lahir secara sah ini mungkin akan bertanya satu hari nanti mengapa namanya berbinkan nama lain.
Menjengah ruangan komen, rata rata netizen menzahirkan rasa sebak dan mendoakan semoga Cik Pia tabah dalam meneruskan kehidupan membesarkan anak tanpa bapa disisi.
sumber: tiktok Cik Pia
0 Comments