Ticker

6/recent/ticker-posts

Menutup aurat tak semestinya dijanjikan ganjaran syurga, kata Intan Najuwa

 



Berdepan dengan kutukan yang diperoleh selepas mengunggah gambar percutian di mana ia menampakkan bahagian perut setelah pulang dari umrah, pelakon Intan Najuwa memohon agar orang ramai tidak terlalu cepat menghakimi dirinya. 



Meskipun mengakui terpengaruh oleh kecaman netizen, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid tetap membela diri dengan berkongsi petikan kata-kata yang menyatakan bahwa menutup aurat tidak selalu dijanjikan syurga dan orang luar tidak boleh sewenang-wenangnya menghakimi dirinya.



“Kalian hakimi seseorang untuk menjadi alim tetapi kalian tidak tahu akan kehidupan sebenar mereka.

“Jangan membuat andaian seseorang dijanjikan syurga berdasarkan penampilan luaran mereka (berjanggut, berhijab, berniqab dan cara percakapan).

“Penampilan luaran seseorang tidak semestinya melambangkan mereka dekat atau rapat dengan Allah,”kongsinya.

Tambah Intan, 27, apabila khalayak mengharapkan seseorang itu berubah ke arah kebaikan, doa harus dipanjatkan buat mereka agar terus berubah menjadi orang yang lebih baik.


“Kalau kalian menghakimi seseorang dengan harapan dia menjadi alim, jangan lupa berdoa buat mereka untuk menjadi orang lebih baik hari demi hari.


“Sama macam apabila kalian cop seseorang itu jahat. Mungkin mereka buat benda jahat dan kita pun bertindak ikut perasaan tetapi jangan lupa masa depan mereka boleh bertukar.



“Kalau kalian menghakimi seseorang dengan harapan dia menjadi alim, jangan lupa berdoa buat mereka untuk menjadi orang lebih baik hari demi hari.



“Sama macam apabila kalian cop seseorang itu jahat. Mungkin mereka buat benda jahat dan kita pun bertindak ikut perasaan tetapi jangan lupa masa depan mereka boleh bertukar.


“Insya-Allah, Allah SWT akan bimbing mereka ke jalan yang benar atau kita sendiri akan jadi orang yang diberikan hidayah,” kongsinya.



Terdahulu, pelakon yang berasal Johor Bahru itu menuai kecaman netizen kerana beraksi seksi dengan menampakkan bahagian perutnya ketika bercuti di Dubai di Instagram.


sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments