Ticker

6/recent/ticker-posts

Muatnaik Bait Lagu 'Mencari Cinta Sejati' .. Peminat Rasa Sebak Baca Hint Puteri Sarah

 

Malam tadi penyanyi popular Indonesia iaitu Cakra Khan telah mengadakan konsert buat julung kalinya di Plenary Hall, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur. 



Apa yang menarik perhatian apabila kelibat PUTERI SARAH sebagai penonton di konsert Cakra Khan.




Puteri Sarah hadir bersama ibunya di kerusi penonton. Sepanjang konsert, cameraman turut merakam Puteri Sarah khusyuk mendengar dan menyanyikan lagu dendangan penghibur negara seberang itu



Malah, Puteri Sarah juga turut memuatnaik bait bait lagu dari Cakra Khan ' Mencari Cinta Sejati'  di laman instastory miliknya pagi ini. 


Walaubagaimanapun, status tersebut mengundang rasa sebak di kalangan peminat ekoran konflik rumahtangga Puteri Sarah dengan Syamsul Yusuf masih belum menemui jalan penyelesaian sehingga kini.



KAU DAN AKU TAK BISA BERSAMA.

SELAMAT TINGGAL KENANGAN DENGANMU



Rata rata netizen meluahkan rasa sedih dan kagum dengan kekuatan Puteri Sarah yang dilihat kuat dan tabah dalam mengharungi konflik rumahtangga. 




Post a Comment

0 Comments