Ticker

6/recent/ticker-posts

“Saya Fail Perceraian Isnin Ini, Sudah Masa Semuanya Ditamatkan Segera” – Puteri Sarah

 

Kepincangan rumah tangga pengarah sensasi Syamsul Yusof mungkin memasuki fasa baharu berikutan isterinya, Puteri Sarah akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini pada Isnin ini.



Difahamkan permohonan untuk bercerai itu sepatutnya difailkan hari ini namun ditangguhkan ke minggu depan berikutan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan.
Perkara tersebut kemudian disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.


Peguam terbabit turut memberitahu pada ketika ini, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difailkan Isnin ini.


Menjawab pertanyaan sama ada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, itu akan hadir pada pemfailan permohonan cerai itu, Akberdin menjawab: “Pasti hadir”.


Baru-baru ini melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, mengharapkan agar ked

Kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang serta banyak bersabar.
Terdahulu, Syamsul akhirnya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand pada Jumaat minggu lalu.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.

“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.



“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.



“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” jelasnya.



Puteri Sarah, 38, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang pengecut dan mendedahkan dia telah disekat oleh Syamsul dalam aplikasi WhatsApp selama setahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.


Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments