Ticker

6/recent/ticker-posts

Walaupun DiDuakan, Ustazah Asma Dedah Puteri Sarah Usaha Selamatkan Rumahtangga Dari Awal

 


Pendakwah bebas Ustazah Asma Harun mendedahkan pernah dihubungi Puteri Sarah Liyana untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mengenai isu rumah tangga.


Memetik laporan mStar, Asma memberitahu Sarah mahu meminta pandangan untuk mempertahankan rumah tangga kerana mengakui masih menyayangi suaminya, Syamsul Yusof.


“Sebenarnya dah lama Puteri Sarah hubungi saya, tapi saya tak cerita. Dia hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat.




“Dia sudah berusaha di peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya.
“Dia tanya apa yang dia boleh buat. Saya ada kongsikan doa serta zikir.
@memes.puaka credit: youtube mstaronline #fyp #berandatiktok #bikinpanas ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline

Dia mahu mempertahankan rumah tangga dan masih sayang kepada suami,” ujarnya.


Menurutnya, disebabkan kesibukan kerja masing-masing, mereka tiada kesempatan untuk bertemu bagi berkongsi pandangan.


“Saya mengharapkan saya dapat berjumpa dia dengan suaminya. Saya kira ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.


“Bukan dia sahaja, sebenarnya ramai artis yang berdepan masalah rumah tangga dan menghubungi saya. Saya hanya mampu mendoakan dan memberi tip apa yang boleh diusahakan,” katanya.


Mengulas mengenai tindakan suami atau isteri yang menyekat nombor telefon pasangan, dia berpendapat bahawa ia suatu perkara yang tidak wajar kerana komunikasi adalah kunci utama dalam ikatan perhubungan.


“Memang tidak wajar isteri atau suami menyekat nombor pasangan. Komunikasi adalah asas rumah tangga.


“Walau tiga patah perkataan, boleh mengubah keadaan. I love you, I miss you, I need you, I ceraikan you, I bosan dengan you. Kata-kata seperti ini boleh mengubah kehidupan dan perhubungan.


“Jika diputuskan komunikasi, di mana ruang perbincangan?,” jelasnya.



Sumber: Mstar

Post a Comment

0 Comments