Ticker

6/recent/ticker-posts

Si Menyondol Tak Patut Hidup Bahagia”- Keluarga Datin Zalina Kesal Dikhianati

 


Awalnya ramai menyangka bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan yang dikahwini Fyna Jebat berstatus duda. 



Namun realitinya tidak, lelaki berusia 61 tahun tersebut masih lagi seorang suami kepada Datin Zalina Zaini dan mempunyai 5 anak yang sudah dewasa. 




Dalam portal Kosmo, pertelingkahan itu dikatakan tercetus kerana wanita tersebut marah apabila penyanyi berkenaan berkahwin dengan si suami tanpa pengetahuan.




You dont deserve any of this Maklong, you deserve all the happiness in the world


Sementara itu melalui satu posting di TikTok, Sabrina yang juga merupakan anak saudara kepada Datin Zalina sama sekali tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku. 



Jelasnya, wanita berkenaan tidak layak diperlakukan seperti itu setelah 38 tahun berbakti untuk keluarga. 



Dengan nada yang keras, dia juga memberi amaran kepada si menyondol kerana telah rampas kebahagian mereka.




Selain itu, anak bongsu kepada pasangan suami isteri berkenaan juga yang bernama Zahira Aisyah turut memuat naik satu rakaman di ruangan Facebook. Menerusi kapsyen, gadis tersebut menegaskan tiada siapa boleh gantikan takhta tertinggi diduduki ibunya tersebut.



Kredit: nzaisyahhh, yungsbrn

Post a Comment

0 Comments