Ticker

6/recent/ticker-posts

Silap Sindir Di TV Punca Bertekak Dengan Isteri Tua? Fyna Serah Saja Pada Polis

 


Enggan lagi berselindung, akhirnya tempoh hari adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna telah pun buat pengakuan secara umum sudah bernikah dengan bekas jurulatih bola kebangsaan seperti yang digembar-gemburkan. 



Meskipun tiada satu pun gambar perkahwinan baru tersebar, namun akhirnya seorang pelakon lelaki memuat naik gambar pasangan itu bersama.



Isteri pertama Datuk Zainal dikatakan telah keluarkan kata-kata kesat


Namun terbaru dua hari lepas, tiba-tiba muncul berita kurang menyenangkan apabila seorang artis wanita dilaporkan telah pun berkelahi dengan madunya sendiri di sebuah restoran mamak dekat Shah Alam. 



Dalam kejadian kira-kira awal pagi Isnin tersebut, isteri pertama kepada Datuk Zainal Abidin iaitu Datin Zalina Zaini dikatakan telah keluarkan kata-kata kesat kepada Fyna.



Bukan itu sahaja, situasi yang memanas telah pun membuatkan turut berlakunya adegan tarik rambut ibarat drama Bollywood di premis berkenaan. 



Hasil siasatan awal pula mendapati punca ia tercetus adalah kerana Datin Zalina merasa tersindir dengan kenyataan Fyna yang dikeluarkan dalam rancangan Family Duo




Ayda juga enggan menulas isu tersebut kerana perlu hormat semua orang dan banyak hati yang perlu dijaga.



Sementara itu, dia juga enggan memberikan seberapa kenyataan berhubung kejadian yang telah berlaku. Jelas si kakak iaitu Ayda Jebat, tindakan tersebut tepat kerana banyak hati yang perlu dijaga selain turut terima saranan darrpada pihak polis.


Kredit: TikTok, Astro Awani, Facebook mStar

Post a Comment

0 Comments