Kewujudan kedai dobi memudahkan urusan orang bujang ataupun para suami isteri yang malas basuh baju secara manual di rumah.
Dengan bayaran serendah RM4, pakaian dapat dicuci dan dikeringkan tanpa perlu penat-penat disidai ke ampaian rumah. Tapi bagi seorang doktor ini, dia malah berdepan detik menyeramkan saat berada di sana.
Sekitar jam 11 malam, Dr Kamarul telah membawa baju kotor ke sebuah kedai dobi layan diri yang memang kurang orang kerana dikatakan 'angker';. Sejak awal dia sampai lagi, suasana terasa sepi seakan-akan ada benda lain yang turut menjadi peneman di situ.
Dengan keadaan yang sunyi sepi, kebetulan lampu kalimantan di kedai dobi pula boleh berkedip sentiasa. Tak sangka tiba-tiba matanya malah tertancap pula pada satu sosok bayang-bayang di kawasan terselindung.
Saat bermain telefon, tiba-tiba dia mendengar dentingan duit bunyi syiling dimasukkan ke dalam mesin token. Padahal saat itu, cuma dirinya saja yang ada dalam kedai dobi ini. Sudah mula cemas dan kebetulan mesin pun habis berputar, Dr Kamarul segera mengutip baju-baju bersihnya untuk beredar dari situ.
Aku yakin dekat situ tak ada orang lain, tapi kenapa entah aku rasa seperti ada seseorang - atau sesuatu - yang sedang memperhatikan aku.
Namun saat mahu mengeluarkan baju terakhir, dia menemukan gumpalan hitam panjang yang tidak diketahui dari mana.
Sesudah dijengah, alangkah terkejutnya ada satu entiti misteri sedang tersenyum dari dalam mesin basuh
Risau dengan keadaan sekeliling, dia terus membuat keputusan untuk terus balik saja ke rumah dan sehingga hari ini, kejadian tersebut masih segar di ingatan.
KRedit:
0 Comments