Ticker

6/recent/ticker-posts

“Cinta Lokasi Itu Mengarut! Awak Tak Rasa Ke Maruah Awak Itu Murah?” – Nabila Huda

 


Pelakon berbakat besar, Nabila Huda berkata cinta lokasi untuk mendapat keserasian hingga terjerat dengan hubungan terlarang di set pengambaran disifatkan mengarut.

Memetik mStar Online, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia sudah lama dalam industri serta mengatakan tindakan tersebut hanya menjatuhkan maruah lebih-lebih lagi wanita.

“Cinta lokasi itu mengarut! Jangan pernah lakukan perkara itu. Awak akan jumpa pelbagai lagi pasangan lain (dalam drama). Nak berlakon dengan dia sekejap sahaja, selepas itu akan bertukar pasangan lain.

“Awak tak rasa ke maruah awak itu murah? Orang lelaki akan cakap apa kekurangan awak, apa yang awak dah buat. Saya dah lama dalam industri ini, saya ada ramai rakan lelaki dan saya tahu mereka cakap fasal perempuan. Tolong jaga maruah!,” katanya.

Menurut Abil lagi, tindakan tersebut hanya memakan diri sedangkan si lelaki akan tetap kembali ke pangkuan isteri kerana itu cinta pertama mereka.

Malah, Abil turut memberi nasihat kepada pendatang baru supaya tidak terfikir untuk melakukan perkara sedemikian kerana ia akan menghancurkan karier mereka.

“Kalau rasa benda itu salah jangan buat, buat mereka yang nak mencuba, tolong berhenti. Ia akan menghancurkan hidup awak… nanti awak pula akan patah hati dan kemurungan.

“Sebab lelaki itu milik orang lain, tak kiralah dia kata apa sekali pun, sebenarnya dia menipu sebab dia akan setia dan sayang isterinya kerana itu adalah cinta pertama mereka.

“Untuk lelaki, jangan salahkan perempuan, tak cukup dengan isteri di rumah yang cantik dan menjaga anak dekat rumah.

“Kenapa buka hati itu untuk perempuan lain? Tak baik, kan? Cuba bayangkan kalau isteri buat perkara sama, tentu rasa terluka,” katanya.


SUMBER: MSTAR ONLINE

Post a Comment

0 Comments