Ticker

6/recent/ticker-posts

Syamsul Yusuf Lantik Peguam Untuk Isteri Keduanya. Puteri Sarah Tetap Lawan 'BRING IT ON'.

 


Mahkamah Sesyen telah membenarkan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, bersama-sama dengan bapanya dan kakaknya.


Memetik artikel yang ditulis Rotikaya, baru-baru ini, perkongsian Puteri Sarah menjadi tular apabila dia memuat naik posting rakannya yang mendakwa Syamsul telah melantik peguam bagi isteri keduanya. 


Emi, iaitu pengurus Puteri Sarah, dipercayai tidak bersetuju dengan tindakan Syamsul dan menganggap bahawa itu bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.



“Aduhai, boleh pula dia lantik peguam untuk ‘backup’ isteri kedua daripada masuk penjara. Macam Megatron lawan Optimus Prime. Sedih la, kalau nak betulkan bukan cara gini bro. Ni memang luncai dengan labu,” tulisnya.


Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur kerana mungkin salah satu doa Puteri Sarah diperkenankan untuk memberi petunjuk yang sebenar.


“Tapi alhamdulillah. Mungkin salah satu doa Sarah untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab. Sekarang kami tahu dah dimana pendirian kamu (Syamsul). Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana,” tulisnya.


Untuk rekod, Ira, kakaknya Yasmin, dan bapanya Kazaruddin Saisi dihadapkan ke mahkamah untuk menjawab tindakan mereka yang mengingkari perintah injunksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada bulan Julai tahun lalu.


SUMBER : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments