Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau benda betul kenapa delete video? Takpe la bayar dulu RM60,000 - Norhidayah Mohd Ali

 


BALU pada Allahyarham Abam, Norhidayah Mohd Ali tidak melatah apabila dia dikaitkan sebagai individu yang meninggalkan beberapa barang yang mencurigakan di rumah suaminya di Gombak, Selangor pada hari Jumaat.


Ini berlaku setelah Hidayah berkunjung ke rumah tersebut sebelum adik iparnya, pelawak Ali Putih, mendakwa menjumpai beberapa barang seperti garam kasar, daun bidara dan bangkai mengkarung di rumah tersebut setelah kedatangan Hidayah.


Sebaliknya, Hidayah mempertikaikan tindakan adik iparnya yang memadamkan video tuduhan yang dimuat naik dan dikongsi di laman sosial miliknya.


atanya, tindakan Ali itu seolah-olah hanya ingin menutup kesalah yang telah dia sendiri lakukan.


"Itulah tabur fitnah, kesalahan besar nak tutup kesalahan tak nak nampak kesalahan sendiri. Ada pula orang dekat rumah ya.

"Tak apa, bayar RM60,000. Kalau benda betul kenapa perlu padam video balik?," katanya.



Hidayah memberi respons itu ketika menjawab komen salah seorang pengikutnya di Instagram miliknya.


Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen lanjut Hidayah berhubung isu terbaharu itu tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak berjawab.


Untuk catatan, pada bulan Mei 2020, Hidayah memfailkan tuntutan fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat oleh pelawak tersebut melalui Instagram miliknya, yang antara lain menggambarkan Hidayah sebagai individu yang tidak bertanggungjawab.



Melalui perkongsian tersebut, Ali didakwa menuduh Hidayah sebagai isteri yang jahat dan tamak harta pusaka suaminya.


Tuntutan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM900,000 itu difailkan oleh Hidayah kira-kira 15 hari setelah Abam meninggal dunia.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments