Ticker

6/recent/ticker-posts

Maryam Kecewa Jenama Terkenal Suruh Buka Tudung Untuk Photoshoot

 


Baru baru ini, perkongsian seorang influencer femes iaitu Maryam You Narae menjadi perhatian apabila tampil berhijab sekaligus menjadi perhatian ramai yang mendoakan untuk terus istiqamah bertudung.

Maryam mendedahkan dia menolak tawaran untuk photoshoot apabila diminta untuk membuka tudung.



Dan, lebih mengejutkan Maryam berkata dia juga diminta untuk menipu.


“Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang cakap kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung. Allahuakbar saya tak sanggup lah buat macam tu so saya reject terus,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu juga, dia seakan tidak percaya jenama terkenal itu memintanya untuk berbuat demikian.


Dia sesekali tidak akan membuka tudung meskipun diberi bayaran lumayan untuk meneruskan photoshoot berkenaan.

Sementara itu, Maryam meluahkan rasa syukur Allah menguatkan hatinya serta mengatakan dia juga tidak selesa apabila pernah diminta untuk memakai hijab kerana duit.

“Tapi Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya. Ada juga orang minta saya pakai tudung sebab duit, tapi saya rasa tak selesa kalau buat macam tu sebab duit. 

“Kalau tak dapat pun tak ada rasa rugi walaupun sebesar kuman. Maryam doakan semoga tiada mualaf get this kind of situation,” tulisnya.




Post a Comment

0 Comments