Memetik menerusi laporan Melodi, Ali mempersoalkan motif Nurul Hidayah datang ke rumah Allahyarham Abam dan merakam video seperti kehadirannya tak diendahkan pihaknya.
Menurut Ali, jika Hidayah mahu melihat rumah selepas 3 tahun ditinggalkan, Ali sendiri mengalu-alukan kehadirannya namun janganlah sampai merakam video sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif netizen.
Senang je kalau kata niat macam mana soalan tadi, datanglah.
Kita pun tak pernah halang. Nak kata rumah tu rumah kita pun bukan, nak kata rumah kau pun bukan. Benda tu kan dalam urusan faraid.@penmerahdotcom Semoga dipermudahkan urusan .. #fyp #penmerah ♬ original sound - PenMerahDotCom
Ali juga menegaskan bahawa dia tak tinggal di situ. Dia dan adik beradik hanyalah menjaga rumah tersebut semasa arwah ibunya masih ada.
“Jangan risau saya akan bayar” – Ali
Urusan keluarga kita selesai dalam keluarga. Tak ada orang yang tak nak menyelesaikan masalah. Kalau kata penyelesaian untuk berbaik, saya dan keluarga tak ada masalah. Sampai bila nak bergaduh?
Benda ini tak akan ada jalan penyelesaian apabila kita asyik panjangkan. Untuk berbaik itu Allah tentukan tapi kita kena usaha.
Masa kahwin, keluarga datang secara baik. Tapi bila dah jadi macam ini, kenapa keluarga tak boleh berjumpa untuk selesaikan? Kenapa jadikan masyarakat sebagai juri untuk selesaikan?
Mengenai tuntutan saman berjumlah RM60,000 pula, Ali mengakui ada menerima surat daripada peguam Nurul Hidayah dan dia ada berbincang dengan peguamnya untuk selesaikan bayaran. Butiran perbincangan itu tak boleh didedahkan kepada umum.
Jangan risau, jawapan saya senang. Saya akan bayar. Jangan hebah-hebah konon tak bayar apa semua.
Namun pembayaran dibuat mengikut kemampuannya sama ada secara ‘lumpsum’ atau ansuran. Setakat ini tak ada pembayaran dibuat lagi.
Ditanya sama ada mereka akan berbaik, Ali berkata dia serahkan semuanya kepada Allah SWT. Dia sedaya upaya mencuba ke arah itu dan berharap keluarga dapat jadi juri untuk selesaikan.
Apapun kita harapkan kemelut yang melanda kedua dua pihak ini dapat menemui jalan penyelesaian.
Kredit: TikTok Melodi
0 Comments